Pelaksanaan Usrah Mingguan Siswi Kelab Rakan Pusat Islam (RAPI) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dengan Menggunakan Silibus Beriman Kepada Allah

Authors

  • Mardziah Binti Kamarudin Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  • Suhaila Binti Mustaffa Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

Keywords:

Allah, Beriman, Ukhwah

Abstract

Beriman kepada Allah adalah asas akidah seseorang muslim. Justeru, kertas kerja ini bertujuan menyingkap dan membincangkan tentang penerapan silibus beriman kepada Allah di dalam usrah mingguan siswi Kelab RAPI Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Isu ini tidak boleh dipandang mudah oleh semua pihak malah perlu kepada usaha yang berterusan untuk menambah baik soal pembentukan peribadi pelajar muslim PTSS. Islam adalah agama yang dicipta oleh Allah kepada semua manusia di muka bumi ini. Oleh itu selayaknya pelajar muslim PTSS yang mengikuti usrah mingguan siswi Kelab RAPI boleh mengaplikasikan secara positif konsep beriman kepada Allah di dalam budaya hidup mereka. Aspek kenal Allah memainkan peranan penting sebagai asas untuk beriman kepada Allah. Penerapan ukhwah di kalangan ahli usrah siswi mingguan juga membantu ke arah mewujudkan suasana yang baik. Hati merasai diawasi oleh Allah akan menjadi benteng untuk pelajar muslim PTSS dari melakukan maksiat. Perbincangan yang terperinci dan berfokus terhadap silibus beriman kepada Allah ini turut dijelaskan berdasarkan sumber al-Quran dan hadis Rasulullah Sallahualaihiwasallam.

References

‘Ali Al-Shurbaji. (2009). Suri Teladan Kehidupan Para Sahabat. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. M.s.17, 176 & 179.

Asy-Syaikh Ahmad Muhammad Assaf. (2022). Untaian Permata Dari Kehidupan Rasulullah SAW. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Darussofiah.

Cahyadi Takariawan. (2012). Keakhawatan Bersama Tarbiyah Ukhti Muslimah Tunaikan Amanah. Solo: PT Era Adicitra Intermedia.

Dr. Abdul Karem Zaidan. (2007). Dasar-dasar Ilmu Dakwah. Jld 1. Shah Alam: Dewan Pustaka.

Fathi Yakan. (2007). Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Fathi Yakan. (2008). Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Hamka. (2015). Tafsir Al-Azhar. Jld. Ke-6, Jakarta: Gema Insani

Majdi Al-Hilali.2015. Di Hati Kita Bermula. Shah Alam: Grup Bukun Karangkraf Sdn. Bhd.

Majdi Al-Hilali. (2007). Kembali Kepada Al-Quran. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Muhammad Syadid. (2003). Manhaj Tarbiyah. Jakarta: Robbani Press.

Muhammad Abdullah Khatib. (2013). Syarah Risalah Ta’alim. Jakarta Timur: Al-I’tishom.

Musthafa Dieb Al-Bugha. (2019). Al-Wafi Syarah Kitab Arbain An-Nawawiyah. Ed. Ke-33, Jakarta: Al-I’tishom.

Musthafa Dieb Al-Bugha. (2019). Al-Wafi Syarah Kitab Arbain An-Nawawiyah. Ed. Ke-33, Jakarta: Al-I’tishom. M.s.91.

Syaikh Muhammad. (2019). Syarah Hadiths Arbain Imam An-Nawawi. Jakarta: Darul Haq.

Syaikh Sayyid Muhammad Nuh. (2018). Berguru Dengan Sahabat Nabi. Sg Buloh: Santai Ilmu Publication.

Syaikh Sayyid Muhammad Nuh. (2018). Berguru Dengan Sahabat Nabi. Sg Buloh: Santai Ilmu Publication. M.s.92.

Disiplin Pecahan Mengikut Kumpulan Kesalahan. (n. d.). Capaian dari http://spmp.poliperlis.edu.my

Taufik Yusuf Al-Wa’iy. (2011). Kekuatan Sang Murabbi. Ed. Ke-6, Jakarta: Al-I’tishom Cahaya Umat.

Yusuf Al-Qaradawi .2008. Iman Dan Kehidupan. Ed. Ke-2, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Dr Jailani & Dr Noraini (2005). Penerapan Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum di Politeknik

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/ahmadKUITTHO.pdf

Published

2025-07-31