Analisis Pola Penyertaan Peserta Terhadap Kursus Pendigitalan E-Commerce

Authors

  • Shafarizan Abd Samad Kolej Komuniti Arau, Perlis
  • Azmiah Aziz Kolej Komuniti Arau, Perlis

Keywords:

Shopee Afiliasi, E-Commerce, Pendigitalan, Kolej Komuniti

Abstract

Kursus Shopee Afilisiasi adalah satu kursus pendek yang dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat di bawah bidang keusahawanan digital  bagi meningkatkan pengetahuan komuniti mengenai asas digital e-commerce. Platform digital e-commerce yang diperkenalkan adalah  Shopee Afilisiasi yang memberikan peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan sampingan secara sistematik yang disediakan menerusi platform tersebut.  Seramai 54 peserta komuniti melalui 2 kursus di 2 buah negeri di Utara  telah dikenalpasti dan menjadi responden bagi kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan kursus Shopee afiliasi dari segi penyampaian isi kandungan, kemahiran dalam bidang kursus, yakin menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari, membantu peningkatan kerjaya, memulai perniagaan dan menggembangkan perniagaan. Analisis deskriptif mendapati peserta menilai keberkesanan kursus ini pada tahap sederhana hingga amat baik, dengan majoriti peserta tidak menilai lemah. Namun item cara penyampaian pengajar mendapat skor minimum, menandakan ada aspek kursus yang mungkin kurang berkesan dari pandangan segelintir  responden.   Di samping itu objektif  kajian ini juga menganalisis perubahan kendiri peserta dalam aspek pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan peserta sebelum (PRE) dan selepas (POST) menghadiri kursus. Analisis bagi objektif ini menggunakan Ujian Wilcoxon Signed-Rank.  Kesemua item penilaian bagi objektif ini menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik antara nilai sebelum dan selepas kursus iaitu p < 0.05. Ini menunjukkan kursus yang dijalankan memberi kesan yang signifikan terhadap setiap item yang diuji. Sebagai perbandingan nilai PRE dan POST bagi setiap item menggunakan ujian Wilcoxon, dapat disimpulkan bahawa wujud peningkatan yang ketara dalam tahap pengetahuan peserta selepas kursus. Ini dibuktikan dengan nilai-p yang sangat kecil (< 0.001) bagi semua item. Peningkatan signifikan dalam skor POST bagi semua item menandakan bahawa peserta bukan sahaja mendapat pengetahuan, tetapi juga menunjukkan bahawa komuniti peserta telah terdedah kepada maklumat dan kemahiran penting dalam bidang keusahawanan digital. Ini memberi petunjuk awal kepada impak positif kursus dalam membentuk komuniti yang lebih celik dan bersedia meneroka bidang digital, terutamanya dalam konteks perniagaan afiliasi.   Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat membantu penyedia latihan untuk merancang strategi dan kesinambungan latihan kepada komuniti ke arah pemantapan penjanaan pendapatan sampingan serta penggunaan digital e-commerce secara maksimum bagi menambahbaik ekonomi peserta.

References

Abdul Ghafar, M. N, (2000). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Erifiyanti, R., Rifa, S., Pane, N., Trijayanti, A., & Simanjuntak, K. F. (2023). Pengaruh Content Marketing Shopee Affiliate terhadap Minat Pembeli. Rizky Efirianti) Madani: Jurnal Ilmiah Multidisiplin, 214(4), 2986–6340. https://doi.org/10.5281/zenodo.7952615

Harisfathillah, N. H., & Tambi, N. (2023). Kecenderungan Kerjaya Keusahawanan Era COVID-19. Akademika, 93(1), 317-330.

Khalil, N. F., Buang, N. A., & Othman, N. (2021). Literasi Media Sosial Pelajar Politeknik Terhadap Aspirasi Kerjaya Keusahawanan Digital. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 22-32.

Nadhiroh, N., Kusumaningtyas, A., & Amirudin, C. (2024). Optimalisasi Pemanfaatan Gadget Pada Remaja Untuk E-Commerce Melalui Shopee Affiliate. Inisiasi, 77-84.

Noersabila, E. L., Ardiansyah, A., & Witantra, A. P. (2023). Strategi Komunikasi Pemasaran Affiliator Shopee Dalam Mempromosikan Produk Shopee Affiliator Marketing Communication In Promoting Product. Jurnal Inovasi dan Kreativitas (JIKa) Volume 3 doi: 10.30656/jika.v3i2.6336

Yanti, I., Nasution, M. I. P., & Sundari, S. S. A. (2023). Peran Shopee affiliate terhadap peluang kerja. Jurnal Ekonomi Manajemen Dan Bisnis (JEMB) Vol, 2(01).

Sari, V. M., & Aesthetika, N. M. (2024). Shopee affiliasi sebagai strategi komunikasi pemasaran di era new media. Journal of human, culture, society, and education, 1(1), 29-36.

Published

2025-07-30