Pengkomputeran Hijau dalam Pendidikan: Mengurangkan Penggunaan Tenaga dalam Pembelajaran Digital
Keywords:
Pengkomputeran Hijau, Pembelajaran Digital, Penjimatan Tenaga, Pendidikan Mampan, SDG MalaysiaAbstract
Pengkomputeran hijau semakin mendapat perhatian sebagai satu pendekatan penting dalam menangani isu peningkatan penggunaan tenaga akibat transformasi digital dalam sektor pendidikan tinggi. Kajian ini bertujuan untuk meneroka corak penggunaan tenaga semasa, menjangka potensi penjimatan tenaga hasil pelaksanaan strategi pengkomputeran hijau, serta menilai tahap kesedaran dan amalan lestari dalam kalangan pelajar dan pensyarah di Kolej Komuniti Arau. Reka bentuk kuantitatif kuasi-eksperimen akan digunakan, dengan pengumpulan data melalui alat pengukur tenaga dan soal selidik berstruktur. Antara strategi yang akan digunakan adalah penetapan pengurusan kuasa dan penjadualan penutupan automatik bagi peranti ICT. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti ujian t-berpasangan dan ujian Wilcoxon Signed-Rank bagi mengenal pasti perbezaan ketara sebelum dan selepas intervensi. Kajian ini dijangka dapat menunjukkan penurunan penggunaan tenaga sebanyak 10–20%, di samping mengesan peningkatan kesedaran dan perubahan positif dalam tingkah laku penjimatan tenaga dalam kalangan responden. Hasil jangkaan ini berpotensi menyumbang kepada pembangunan kerangka konseptual teknologi lestari dalam pendidikan serta menyediakan asas kukuh bagi pelaksanaan dasar institusi berkaitan penggunaan tenaga. Selain itu, kajian ini dijangka dapat menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDG) yang meliputi SDG 4, SDG 7 dan SDG 13), sekali gus menggalakkan transformasi digital yang lebih mampan di institusi TVET.
References
Akay, D. (2023). Sustainable ICT strategies in educational institutions: A practical framework. Journal of Educational Technology & Society, 26(1), 14–26.
Akay, S. (2023). The green digital campus: Sustainable practices in eLearning and online education. eLearning Industry. https://elearningindustry.com/green-digital-campus-sustainable-practices-in-elearning-and-online-education
Peters, A.-K., Capilla, R., Coroam?, V. C., Heldal, R., Lago, P., Leifler, O., Moreira, A., Fernandes, J. P., Penzenstadler, B., Porras, J., & Venters, C. C. (2023). Sustainability in computing education: A systematic literature review. ACM Transactions on Computing Education, 24(1), Article 13. https://doi.org/10.1145/3639060
Peters, M. A., Besley, T., Arndt, S., & Misiaszek, G. W. (2023). Education, sustainability and digital transformation: Towards a new educational ecology. Sustainability, 15(1), 221. https://doi.org/10.3390/su15010221
Podder, P., & Samanta, D. (2022). Green computing practices in higher education: Challenges and solutions. International Journal of Green Computing, 13(2), 45–58.
Podder, S. K., & Samanta, D. (2022). Green computing practice in ICT-based methods: Innovation in web-based learning and teaching technologies. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/361671319_Green_Computing_Practice_in_ICT- Based_Methods_Innovation_in_Web-Based_Learning_and_Teaching_Technologies
Racsko, P., & Troll, L. (2020). Energy consumption patterns of online education: A case study of European universities. Journal of Cleaner Production, 276, 124190. https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2020.124190
Racsko, R., & Troll, E. M. (2020). Our digital education habits in the light of their environmental impact: The role of green computing in education. Teaching Mathematics and Computer Science, 18(1), 69–86. https://doi.org/10.5485/TMCS.2020.0508
Urban, M., Henriksen, D., & Scheiter, K. (2024). Bridging the gap: A debate on sustainability aspects of digital media in education. Education Sciences, 15(2), 241. https://doi.org/10.3390/educsci15020241
Urban, M., Henriksen, D., & Scheiter, K. (2024). Reimagining digital education: Sustainability and innovation in the age of AI. Computers & Education, 207, 104622. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2024.104622