Keberkesanan Penggunaan Alat Laminated Pastry Kit Terhadap Kursus SPK 3094 Pemprosesan Konfeksionari

Authors

  • Nurul Hidayah binti Samsurrijal Kolej Komuniti Arau, Perlis
  • Nurul Balqish binti Abdul Wahab Kolej Komuniti Arau, Perlis
  • Syaliza binti Azmi Kolej Komuniti Arau, Perlis

Keywords:

Laminated Party Kit, Inovasi Pembelajaran, Pemprosesan Konfeksionari, Kolej Komuniti, Pendidikan Vokasional

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan Laminated Pastry Kit terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus SPK 3094 Pemprosesan Konfeksionari di Kolej Komuniti Arau. Inovasi ini dibangunkan sebagai respons kepada masalah yang dihadapi pelajar dalam menjalankan amali penghasilan pastri, terutamanya dalam proses laminasi doh. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada 28 orang pelajar dari kelas SPK 3A dan SPK 3B. Laminated Pastry Kit ini direka bentuk daripada bahan tahan karat dan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu acuan segi empat tepat, penorak dan acuan penerap. Hasil kajian menunjukkan bahawa enam puluh empat peratus (64%) pelajar sangat bersetuju kit ini memudahkan proses PdP, lima puluh tujuh peratus (57%) sangat bersetuju ia praktikal untuk menghasilkan pastri berkualiti, enam puluh satu peratus (61%) sangat bersetuju ia membantu menguasai kemahiran pastri naik dan pastri peram, dan enam puluh empat peratus (64%) sangat bersetuju ia menghasilkan pastri berkualiti sambil menjimatkan masa. Kit ini berjaya mengurangkan pembaziran doh sebanyak sepuluh hingga dua puluh peratus (10-20%) dan meningkatkan keseragaman produk. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa inovasi alat pembelajaran dapat meningkatkan keberkesanan PdP dalam pendidikan teknikal dan vokasional, serta berpotensi untuk dikomersilkan.

References

Abdullah, H., Wan Omar, W. N. S., & Mahadi, N. S. (2021). Kajian keberkesanan produk inovasi Multipurpose Foldable Drawing

Desk 2.0 (MFDD 2.0) sebagai alat bantu dalam PdP. Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Kebangsaan (SPSH 2020). https://www.researchgate.net/publication/351658541

Ahmad, S., & Rahman, M. A. (2022). Inovasi alat bantu pembelajaran dalam pendidikan vokasional: Satu kajian di kolej komuniti Malaysia. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia, 7(2), 15-28.

Hassan, F., Mahmud, Z., & Ahmad, H. (2023). Keberkesanan pembelajaran berasaskan kerja: Kajian longitudinal di kolej komuniti Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 48(1), 89-104.

Lim, H. S., & Wong, C. Y. (2023). Inovasi pembelajaran tempatan dalam pendidikan vokasional Malaysia: Perspektif pensyarah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 25(3), 112-129.

Mohd Noor, A., Ismail, S., & Hashim, R. (2021). Pembangunan alat pembelajaran dalam pendidikan vokasional: Satu tinjauan literatur. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 6(2), 78-95.

Posdzi, N. M., Mahmor, N., Ismail, I., & Mustapa, A. (2023). Keberkesanan penggunaan produk i-Tester dalam proses pengajaran dan pembelajaran. International Conference on Business Studies and Education (ICBE).

https://www.researchgate.net/publication/374753750

Sutanti, S., Dalimunthe, D. A., Ginting, L., & Mutiara, E. (2024). The effect of using web-based book creator on culinary arts learning outcomes of culinary arts education students. Technium Social Sciences Journal, 25, 68–76.

Tan, K. L., & Lee, M. H. (2024). Student preferences in technical education: The role of innovative learning tools. Educational Technology Research and Development, 72(1), 189-207.

Yusof, S. S. M., Kohlit, M., Maarof, F., & Abu Bakar, A. Z. (2018). Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif dalam

pengajaran dan pembelajaran asas pengaturcaraan. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 15, 62–7 https://www.researchgate.net/publication/370778090

Published

2025-07-31